salam semua...
Monday, November 15, 2010
projek baru beb!!!
Posted by fadzil_meor at 5:01 PM 1 comments
Wednesday, August 11, 2010
bermulanya hidup baru....
assalamualaikum dan salam ramadhan...
pertama skali saya ingin mengucapkan slmt menyambut bulan ramadhan.bulan pnuh dgn keberkatan.bulan pnuh keinsafan.jadi marilah kte bersama2 mengejar dgn memperbanyak ibadah.
pada bula ramadhan kali nie,saya telah memasang azam utk khatam Al-Quran spanjang bulan ini.slain itu,saya juga cuba utk solat terawih berjemaah.saya cube berubah dari menjadi seorang yang lalai dan leka kepada menjadi seorang hamba yang beriman kepadaNYA.
untuk pengetahuan semua,saya baru diterima kerja di 7eleven.berkat bulan ramadhan,dapat juga saya bekerja dan saya berharap saya tidak leka bekerja sehingga lupa utk beribadah kepadaNYA di bulan yang mulia ini.
ok la semua.jom kte kejar amalan dan ibadah di bulan ramadhan.best tau!!walaupon ganjaran tidak dapat dilihat dgn mata kasar tp ia sangat bermakna pada diri kita.sama2 kita berdoa supaya kte terus tergolong dalam hambaNYA yang beriman dan tergolong dalam umat Nabi Muhammada SAW....
Posted by fadzil_meor at 1:21 AM 0 comments
Monday, August 9, 2010
Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan
Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-
"Wahai manusia!
Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.
Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.
Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.
Wahai manusia!
Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.
Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.
Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.
Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.
Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.
Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]
Posted by fadzil_meor at 8:40 PM 0 comments
Saturday, August 7, 2010
~My ConVo~
assalamualaikum semua....
baru2 nie saya ke usm induk penang utk konvokesyen.alhamdulillah 3 tahun saya blaja di usmkk akhirnye tamat jgk pembelajaran di sini. lps nie saya akan tempuhi alam pekerjaan pula. semoga saya terus sukses semasa di alam pekerjaan...
"Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya"
Posted by fadzil_meor at 8:38 AM 0 comments
Wednesday, July 28, 2010
update2!!!!
salam semua....
dah lame x update blog nie. last update pon sblm kakak meor kawen. banyak yang berlaku sepanjang kesunyian tak update blog nie. antara peristiwa yang berlaku ialah meor gi kem remaja sebagai fasilitator, kakak meor selamat kawen, pastu exam LJM...banyak la peristiwa berlaku.nnt meor akn cerita gak.haha.... k la...selamat mengupdate blog meor....
Posted by fadzil_meor at 7:37 AM 0 comments
Wednesday, May 19, 2010
berpisah dan bertemu kerana ALLAH
assalamualaikum...
dah bpe hari aku tak update blog. byk faktor yg wt aku tak update blog nie...aku tetibe jd rindu sangat kt kengkawan aku dalam dip nursing.rindu setelah berpisah ngn dorg.dorg byk bantu aku dlm menjadikan aku lbh matang.
pasni kalo jmpe korg pon masa nak g keje.tak pon dalam lift.jmpe sbb same2 lambat g keje.haha...tak pon mase transfer in/out pt.wah!!!sangat rindu kt korg.
sblm tu aku nak ucap trimas kt kwn2 aku yg slalu bsame aku terutama senun,hatim & abg rasul yg slalu bg support kt aku wktu aku down. tak lupe kt macha tmpt aku blatih silat. pahni ssh nk trajang ko da.hehe... kt sek2 the misa fc. kalo gi men futsal ajak aku lg. kt dorg yg dulu suke buli aku tp tmpt korg gk aku slalu lpak.haha... dan kt semua sek2 dip nursing 1st batch. demo2 sumo dah bantu kawe dlm P&P kawe slame kawe kt usm. trimas semua...
wassalam...
Posted by fadzil_meor at 8:11 PM 0 comments
Monday, May 10, 2010
alhamdulillah...
ucapan pengarah projek solat hajat...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah. selesai sudah majlis solat hajat dip nursing 3 bagi memohon keberkatan ilmu dalam menghadapi peperiksaan LJM nanti. walaupon hari nie penuh dengan kelas dan perbincangan tapi rakan2 tetap menggagahkan diri untuk ke Masjid Murni solat jemaah Zohor dan Hajat bersama2.
terima kasih juga kepada lecturer2 yang sudi datang bersama2. terima kasih juga kepada Pn. Norizam yang sudi bagi pensel untuk menjawap soalan nanti. terima kasih kt kak nurin gak sbb sponsor mee goreng. tak lupe pd abg rasul, hasnun, hatim, dan hamizah yang banyak membantu saya dalam menguruskan majlis ini. walaupon tugas nie kecil tp sukar juga untuk menerima. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
akhir sekali, saya selaku pengarah majlis ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat2 sekalian. semoga kita semua lulus dalam peperiksaan LJM nanti. Insyaaallah...
majlis solat hajat dip nursing 3
(MUHAMMAD FADZIL SAMIAN)
Posted by fadzil_meor at 7:20 AM 2 comments
Saturday, May 8, 2010
hasil kerja aku...
assalamualaikum...
hari nie aku trase nak share something yang laki-laki jarang wat tp aku dah wat. haaa pa dia tuh?haha...
dulu masa aku tahun 2 sem 4 ( 2008/2009 ) aku kene amk kursus ko-k kt usm. aku nie suke amk kursus yang org jarang nak join. saje2 la nak cari pengalaman. then mase nak daftar tue aku daftar kursus sulaman manik. sulaman manik?? ape kes laki amik sulaman manik??!! aku tak kesah la janji dapat pengalaman menyulam dari korg yg menjahit pon hantar kedai.haha...
serius best sbb aku sorg je laki dlm kelas tue. wah best gle!! and aku terpilih utk ke hari ko-k kt usm penang utk membuat pertunjukan menyulam manik. sangat best....
sekarang setelah sekian lame tak menyulam manik, aku mungkin da lupe. tp baru2 nie aku terjumpe semula hasil sulaman aku. so aku saje je la nak share kt korg. mane tau korg berminat nak mntk tempahan utk raye nnt ke. yela raye dah dekat. nak lawa2 kn kne tambah eksesori. hehe... ape2 pon korg nilai n enjoy2 la dgn hasil aku. moga ia menjadi batu lonjatan utk aku terus berjaya dalam bidang aku. amin....
Posted by fadzil_meor at 7:47 AM 0 comments
Friday, May 7, 2010
cuti yang penuh debaran...
assalamualaikum...
kebelakangan nie aku rase cam ade je masalah yang datang. terbaru, aku nye broadband wat hal. memang signal low gler la. aku siap wat report kt celcom center lg tp still tak ok lg. nie pon aku g blk din macha gune internet kt blk die.
bosan gak sebab aku tak tau nak wtpe cuti nie. rase cam nak keje..tp...tak kot. sbb kakak aku akn kawen. lg aku antara orang penting dalam membantu melicinkan majlis tu. lagipon aku kene studi utk exam LJM. harap2 aku lulus exam tu. kalo tak sia2 aku blaja 3 tahun...
tak sabar nak tggu 26 jun nie sbb aku akn ke konvo silat di melaka. bestnye... tak sabar aku nak ke sane. nie la pengalaman yang aku amat nantikan. insyaallah aku akn terus bersilat sampai ke hujung hayat aku.amin...
ok la.. setakat sini je aku nak tulis. nanti kalo ade mase n internet aku da ok aku akn post lg. rajin2 la komen n kongsi pengalaman anda di sini...semoga ukhuwah persahabatan kte akan terus kekal hingga akhir hayat.
wassalam...
Posted by fadzil_meor at 6:01 AM 0 comments
Wednesday, May 5, 2010
salam pertengahan 2010
assalamualaikum...
haha...da dkt setahun x update blog nie. sory sbb aku sebok ngan study aku. yela da final year la kn. aku sebok praktikal & tugas2 len sebagai pelajar.
aku baru pas exam OSPE iaitu last paper sebagai pelajar. sangat berdebar dan aku harap aku leh jwp soalan & prosedur yang diberi.
lepas nie aku akan cuti untuk seketika sementara menunggu exam LJM & panggilan kerja dari pihak HUSM. moga2 aku terus sukses dalam kerjaya aku. doakan kejayaan aku k my frenz...
akhir sekali insyaallah pasni aku akan terus update blog aku dengan aktiviti aku dan benda2 yang berfaedah.insyaallah....
Posted by fadzil_meor at 4:38 AM 1 comments