BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru


16mei....

hari yg bersejarah....

hari dimana semua guru disambut dalam perayaan penuh gemilang....

hari tersebut ialah 'SAMBUTAN HARI GURU'

kt sini just nak ucapkan ribuan terima kasih pd semua guru2 sy...

terutama kepada mama ( Hjh Rusifah Sulaiman - SMKA Tun Datu Mustafa )

yg banyak mengajar erti kehidupan. lg2 dalam subjek sains masa kt smkJ3.

ingat lg mase tu mama ngajar kte waktu f5.bdk2 suke ajuk2 ckp 'mama'..

tp sume tu kenangan terindah mase sekolah.

tak lupe pd cikgu2 lain yg pnh mengajar sy...



bersama mama di 'tip of borneo' sabah

bersama mama n abah di airport sabah

seterusnye pd lecturer yg dikasihi...

yg banyak bantu sy dalam menjadi insan yg

'kejituan ilmu,berperibadian unggul'

terima kasih banyak2.saya akan wt yg terbaik utk LJM kali terakhir saya.

terima kasih puan..



puan jas n puan azlida

puan low n puan hayati


n last skali nk ucap selamat hari guru kepada

cik nur nazihah zakaria yg bertugas g smk tanjung adang

semoga sukses selalu dalam melahirkan insan yg berjaya dunia akhirat

adil sentiase doakan yg terbaik utk jiha...




so kepada semua guru2 diluar sane

SELAMAT HARI GURU

jasamu sentiasa ku kenang...


Wednesday, May 11, 2011

selamat hari jururawat!!!


hari nie adalah hari yg menggembirakan bagi seluruh jururawat di dunia ini.

hari yg disambut dengan kesyukuran.

hari nie hari jururawat sedunia.

bangga saya menjadi bakal jururawat.

nak share kenangan masa praktikal ngn sume org...

bagi pendidikan kesihatan kt sekolah

check BP sat...

depan klinik kesihatan balai

bergambar dengan CI...

hope dapat menjadi seorang jururawat yang berdedikasi dan ikhlas dalam memberikan perawatan yang holistik...

enrique89



Saturday, April 23, 2011

:::SeJaRaH KiTa:::- Panglima Awang A.K.A Enrique:::


assalamualaikum...


hr nie enrique nak share tntg kehebatan seorang panglima pada kesultanan Melayu Melaka. Enrique pnh baca tentang sejarah Panglima Awang. Dia seorang yang begitu hebat dan tabah dalam menghadapi cabaran. dan yang paling Enrique bangga apabila Panglima Awang adalah salah seorang daripada pelayar pertama yang mengelilingi dunia. sbb tu Enrique begitu bangga dengan kehebatan Panglima Awang. sehinggakan Enrique sndr mengambil nama beliau sebagai nama pena. ok la Enrique xnk berleter panjang2. just nak share tntg sejarah Panglima Awang...selamat membaca...


Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Melaka merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.

Ferdinand Magellan atau Fernao de Magalhael merupakan ahli pelayaran Portugis yang mengetuai angkatan lima buah kapal dengan kelasi seramai 270 orang keluar dari Sepanyolpada 1519 dan telah menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Di Filipina , beliau telah terbunuh . Oleh itu beliau sebenarnya gagal mengelilingi dunia secara lengkap.

Sebelum itu Ferdinand Magellan telah sampai di Sabah / Kepulauan Sulu . Tugas beliau diambil alih oleh Sebastian Del Cano yang menaiki kapal Victoria dan 17 kelasi yang lain dan sampai semula di Sepanyol pada 8 September 1522.

Magellan bersama Diego Lopez de Sequiera yang belayar ke Melaka pada 1 September 1509 dan orang barat pertama berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu. Magellan turut terlibat dalam menyerang Melaka pada tahun 1511 dan menawan ramai pemuda Melayu untuk dijadikan hamba . Salah seorang daripadanya diberi nama 'Enrique' yang dijangka berusia 18 tahun.

Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.

Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud,sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512.

Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.

Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya diMaluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.

Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.

Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.

Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

Di Kepulauan Cebu,Filipina , Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.

Raj Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakanbuluh runcing dan panah beracun.

Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.

Enrique turut cedera dalam serangan itu.

Duarte Barbosa , seorang kelahiran Portugis telah memilih Enrique sebagai kapten kapal yag baru menggantikan Magellan.

Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimiliki oleh Enrique , Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon telah setuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol. Malangnya mereka telah diserang hendap oleh Humabon pula.

Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique of Melaka bersama 27 orang yang lain telah terselamat. Kapal tersebut kembali ke Sepanyol.

Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol iaitu:

  1. Juan Sebastián Elcano, ketua pelayaran dari Getaria.
  2. Francisco Albo, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  3. Miguel de Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  4. Juan de Acurio, dari Bermeo Pilot
  5. Antonio Lombardo (Pigafetta), dari Vicenza Supernumerary
  6. Martín de Judicibus, dari pelabuhan Genoa Chief Steward
  7. Hernándo de Bustamante, dari Alcántara Mariner
  8. Nicholas the Greek, dari Naples Mariner
  9. Miguel Sánchez, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Mariner
  10. Antonio Hernández Colmenero, dari Huelva Mariner
  11. Francisco Rodrigues, rakyat Portugis dari Seville Mariner
  12. Juan Rodríguez, dari Huelva Mariner
  13. Diego Carmena, dari Bayona (Galicia) Mariner
  14. Hans of Aachen Gunner
  15. Juan de Arratia, dari Bilbao Able Seaman
  16. Vasco Gómez Gallego, dari Bayona (Galicia) Able Seaman
  17. Juan de Santandrés, dari Cueto (Cantabria) Apprentice Seaman
  18. Juan de Zubileta, dari Barakaldo

18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.

Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.

Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino.

Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan . Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.


Walaupon nama panglima awang tiada dalam senarai 18 orang yang terselamat tapi beliau tetap berjaya menghabiskan pelayaran tersebut. Enrique tetap bangga dengan kejayaan tersebut. Semoga sejarah ini takkan luput di telan zaman...amin...


Friday, April 22, 2011

selamat kembali...

assalamualaikum...


enrique kmbali lg...setelah 5 bulan menyepi kerna penyakit M berlaku dalam hidup enrique. pasni enrique cube utk aktif balik dlm penulisan blog...yela skrg nie bz ngn studi...so kadang2 enrique rase cm malas je nk update.xpe2...entry kali nie just nk bgtau yg enrique sedia utk aktif dalam ber'blog'...ok la...selamat kembali enrique....

Monday, November 15, 2010

projek baru beb!!!

salam semua...


hari nie saya ade projek baru untuk anda semua...anda nak tahu projek ape?projek nie senang je...nama projek nie ialah projek e-learning atau score A.projek nie telah dihasilkan untuk pelajar2 sekolah dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.projek nie telah disokong oleh kementerian pelajaran malaysia serta USM sendiri telah mengiktiraf score A sebagai program e-learning yang pertama di malaysia (http://www.f4maza.com/iktiraf.html)...bagi mereka yang mempunyai adik @ anak yang berminat untuk mengetahui tentang program score A, sila layari http://www.f4maza.com/ untuk keterangan lanjut.bagi mereka yang ingin menjana pendapatan sendiri pon boleh jugak. anda cuma layari http://www.f4maza.com/usahawan.html untuk keterangan lanjut atau anda boleh hubungi saya terus di emel adilmian89@gmail.com.marilah kita sama2 sokong dan sertai score A demi masa depan anak bangsa dan kita sendiri...InsyaAllah....

Wednesday, August 11, 2010

bermulanya hidup baru....


assalamualaikum dan salam ramadhan...

pertama skali saya ingin mengucapkan slmt menyambut bulan ramadhan.bulan pnuh dgn keberkatan.bulan pnuh keinsafan.jadi marilah kte bersama2 mengejar dgn memperbanyak ibadah.

pada bula ramadhan kali nie,saya telah memasang azam utk khatam Al-Quran spanjang bulan ini.slain itu,saya juga cuba utk solat terawih berjemaah.saya cube berubah dari menjadi seorang yang lalai dan leka kepada menjadi seorang hamba yang beriman kepadaNYA.

untuk pengetahuan semua,saya baru diterima kerja di 7eleven.berkat bulan ramadhan,dapat juga saya bekerja dan saya berharap saya tidak leka bekerja sehingga lupa utk beribadah kepadaNYA di bulan yang mulia ini.

ok la semua.jom kte kejar amalan dan ibadah di bulan ramadhan.best tau!!walaupon ganjaran tidak dapat dilihat dgn mata kasar tp ia sangat bermakna pada diri kita.sama2 kita berdoa supaya kte terus tergolong dalam hambaNYA yang beriman dan tergolong dalam umat Nabi Muhammada SAW....

fadzil_meor

Monday, August 9, 2010

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."
[HR Ibnu Khuzaimah]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...