BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 20, 2009

Ketawa terapi untuk menjadi lebih sihat...

Assalamualaikum semua....

Anda semua suke ketawa?? Nape mesti sembunyikan ketawa?? takut2 ilmu dalam kepale kte keluar ke??hehehe.... Jangan risau sahabat2 ku sekalian. Ketawa tu penawar kedukaan. Ketawa itu mengubat luka di hati. Ketawa tu menghilangkan stress. So ape yg nak dirisaukan ble ketawa.

ADA waktunya kita menempuh hari yang penuh dengan tekanan sedangkan tanpa kita sendiri ia sebenarnya boleh diredakan dengan sedikit jenaka dan ketawa.

Sebab itu terdapat ungkapan yang menyebut 'ketawa itu penawar duka terutama ketika memujuk mereka yang dilanda kemurungan atau kesedihan.

Kebenaran bahawa ketawa itu penawar duka yang mujarab juga sukar ditolak, kerana secara logik pada saat seseorang sedang ketawa tidak mungkin pada masa sama mereka memikirkan perkara yang menyedihkan.

Bahkan, sudah banyak dibuktikan bahawa seseorang yang sentiasa hidup gembira dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan.

Golongan perubatan juga percaya bahawa ketawa bukan sekadar terapi yang mampu mengubat ketegangan atau tekanan, bahkan ia mampu menghindari pelbagai penyakit berbahaya termasuk kanser, kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.

Para doktor turut mengakui bahawa ketawa boleh meningkatkan kesihatan dari segi fizikal mahupun mental.

Seorang profesor perubatan dari University Of California Irnive, Amerika Syarikat, Lee Berk dan kumpulan penyelidiknya sejak bertahun-tahun berusaha merungkai bagaimana mood seseorang itu boleh memberi kesan kepada sistem imun dan mempunyai kaitan dengan penyakit.

Mereka mendapati bahawa ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus, bakteria, kanser dan penyakit jantung.

Dalam laporan awalnya, Berk mendapati bahawa menonton video berbentuk humor selama sejam dapat mengurangkan penghasilan hormon stres dan membantu sistem imun tubuh menentang virus dan bakteria.

Bagaimanapun sebenarnya banyak lagi kesan yang dibawa oleh ketawa. Beliau membuat kajian terhadap 10 orang lelaki dengan mengukur tanda-tanda tekanan atau stres masing-masing dan memberitahu mereka bawah dalam tempoh tiga hari lagi mereka akan menyaksikan video humor.

Semangat atau perasaan setiap lelaki tersebut ternyata meningkat sebelum menyaksikan video itu lagi. Dua hari sebelum tayangan video tersebut tahap kemurungan (dipresi) menurun 51 peratus, kekeliruan 36 peratus, kemarahan 19 peratus, keletihan 15 peratus dan tekanan 9 peratus.

Sejurus selepas menyaksikan video humor tersebut, kemurungan dan kemarahan menurun 89 peratus, keletihan 87 peratus, kekeliruan 75 peratus dan tekanan 61 peratus.

Berk berkata, biarpun sekadar menunggu untuk melihat cerita-cerita humor sudah boleh menceriakan hidup dan mempunyai kesan pada kesihatan. Beliau menggelar pengaruh ini sebagai 'harapan biologi'.

"Kami percaya ini boleh membantu pesakit pulih daripada pelbagai masalah berkaitan mental," katanya.

Jadi secara kesimpulannya, merancang untuk menonton filem berbentuk humor atau menghabiskan masa dengan rakan-rakan yang sememangnya kelakar boleh memberi faedah kepada kesihatan anda.

Justeru beritahu bos, pensyarah atau pengerusi kelab yang anda sertai agar menyampaikan ucapannya dengan lebih ceria dan diselitkan sedikit dengan unsur-unsur kelakar jika mahu pekerja, pelajar atau ahli kelab yang sihat.

Anda juga boleh menampal petikan-petikan yang kelakar pada kalendar memandangkan ia boleh menjadi terapi yang baik.

Betulkan stigma pesakit TB

assalamualaikum...

pd nie semasa sy sedang study tentang psychology sy baca surat khabar utusan malaysia tentang kesihatan. sy amat tertarik mengenai artikel tentang penyakit TB. sy rase sume tahu yang TB adalah penyakit berjangkit. so korg bacala utk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit nie....selamat membaca...


pesakit tibi perlu mendapat rawatan segera serta menghabiskan rawatannya selama enam bulan untuk memastikan mereka pulih sepenuhnya. - Gambar hiasan


TANGGAPAN bahawa pesakit tibi perlu diasing dan dipinggirkan daripada masyarakat untuk jangka masa yang lama perlu diperbetul.

Seringkali pesakit tibi dipinggirkan sehingga bertahun-tahun dan stigma ini boleh membuatkan mereka yang dijangkiti kadang kala berat hati untuk mendapatkan rawatan.

"Ada yang selepas beberapa tahun pun masih makan minum guna bekas berbeza. Hingga hendak bergaul dengan keluarga pun sukar," kata Setiausaha Agung Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB), Sahul Hamid A.Karim

Sebenarnya pesakit tibi boleh bergaul kembali dengan masyarakat seperti biasa setelah dua hingga tiga minggu mula mendapat rawatan.

Tetapi pesakit mestilah mendapat rawatan segera serta menghabiskan rawatannya selama enam bulan untuk memastikan mereka pulih sepenuhnya.

"Apabila seseorang pesakit tibi sembuh sepenuhnya, sekiranya dia dijangkiti tibi lagi, maknanya itu simptom baru," katanya kepada Bernama selepas majlis sambutan Hari Tibi Sedunia 2009 baru-baru ini.

Penyakit berjangkit berbahaya

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan sempurna.

Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tubercle Bacili yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

Kehadiran penyakit ini dalam kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Tibi ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.

Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian berkenaan.

Tanda dan gejala penyakit tibi paru-paru ialah batuk berterusan lebih daripada dua minggu, kahak yang mengandungi darah, demam dan peluh lazimnya pada sebelah petang dan malam, susut berat badan dan hilang selera makan, sakit dada apabila batuk atau menarik nafas panjang dan mudah letih.

Kes baru tibi meningkat

Tahun lepas sebanyak 17,496 kes baru tibi dikesan di Malaysia dengan 1,523 kematian. Pada tahun 2007 kira-kira 16,000 kes baru dikesan dan tahun 2006 pula sebanyak 14,000 kes.

Pada tahun 2006, nisbah pesakit tibi di Malaysia ialah 61 orang setiap 100,000 penduduk. Nisbah ini lebih rendah dibandingkan dengan Filipina (171), Thailand (89), Indonesia (121) tetapi lebih tinggi berbanding Singapura (30).

Melihat kepada pencapaian Program Kawalan Penyakit Tibi untuk Malaysia pada tahun 2008, kadar insiden ialah 63.1 kes untuk 100,000 penduduk. Ini jauh daripada sasaran yang ditetapkan pada 2008 iaitu 47.5 kes untuk 100,000 penduduk.

Di Malaysia, kes paling tinggi dicatatkan di Sabah, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Selangor.

"Walaupun jumlahnya tidak membimbangkan tetapi trendnya meningkat serta menyerang golongan yang lebih muda. Kalau dulu kebanyakan pesakit tibi berusia antara 40 tahun ke 60, sekarang ramai dalam kalangan mereka berusia lingkungan 30 tahun," kata Sahul.

Faktor peningkatan ialah kerana kurangnya kesedaran dan peningkatan penghidap sakit buah pinggang, diabetis dan HIV. Warga asing turut menyumbang dalam peningkatan kes tibi sebanyak 10 peratus.

Dalam pada itu, sasaran untuk mengawal penyakit tibi, malaria dan HIV secara global telah digubal berdasarkan Sasaran Pembangunan Milenium (MDG) oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2000.

Presiden MAPTB, Datuk Seri Yeop Jr. Yeop Adlan berkata, di bawah MDG, PBB menetapkan insiden penyakit tibi hendaklah dikurangkan menjelang 2015.

Sasaran Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sputum positif pesakit tibi dikesan dan dirawat dengan Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus (DOTS) serta menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus kes yang dikesan, telah berjaya dicapai.

DOTS merupakan strategi yang disarankan oleh WHO untuk merawat penyakit tibi.

Prinsip DOTS ialah pesakit perlu mengambil ubat selama enam bulan. Pada dua bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.

Pada peringkat sambungan selama empat bulan, pesakit perlu mengambil ubat dua kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Rawatan pesakit

Sementara itu Institut Perubatan Respiratori (IPR) akan terus memainkan peranan utama sebagai pusat kecemerlangan dalam rawatan pesakit tibi.

IPR diterajui oleh ketua yang berperanan sebagai Penasihat Teknikal Rancangan.

Perkara yang harus dititikberatkan oleh IPR ialah meningkatkan kesedaran pegawai perubatan dalam sektor kerajaan dan swasta dalam pengesanan kes-kes tibi pada peringkat awal serta memastikan mereka merawat pesakit dengan sempurna supaya dapat mengelakkan berlakunya drug resistance.

Kadar pengesanan di klinik primer dan klinik swasta masih lagi rendah iaitu 14 peratus daripada keseluruhan kes tibi yang direkodkan di Malaysia. Di Wilayah Persekutuan dan Selangor pula berbeza kerana lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta.

Kementerian Kesihatan telah merangka Pelan Strategik Menghentikan TB Malaysia 2009-2015 dan meminta kerjasama IPR dalam mengukuhkan pelan ini.

Tahun ini, 'Saya Mampu Hentikan Tibi' menjadi tema untuk sambutan Hari Tibi Sedunia. Tema ini bertujuan memperkasa semua pihak dalam memainkan peranan mereka menghentikan jangkitan tibi.

Kata Yeop Jr., pesakit boleh memainkan peranan aktif dalam rejim rawatan mereka dengan mengambil semua ubat yang ditetapkan dengan betul.

Anggota kesihatan pula boleh menghentikan tibi dengan sentiasa berwaspada akan tanda-tanda penyakit ini dan segera menjalankan diagnosis serta cepat memberi rawatan.

Di samping itu pemeriksaan saringan terhadap tahap kesihatan haruslah dijalankan pada kesemua anggota kesihatan yang mempunyai tanda-tanda penyakit tibi serta bagi kes yang berisiko tinggi seperti di penjara dan pusat serenti.

Selain itu pemeriksaan tibi adalah mandatori bagi semua kes HIV dan kepada semua pekerja asing melalui Fomema. Ini bertujuan bagi mempertingkat aktiviti pencarian kes secara aktif juga mengesan kes pesakit tibi yang terhenti rawatan.

Selain itu pengecualian caj bayaran hospital dan ubat-ubatan percuma akan diberikan kepada pesakit tibi yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan.

Ini bagi menggalakkan pesakit untuk mendapatkan rawatan sehingga mereka betul-betul sembuh. MAPTB juga menyediakan bantuan kepada pesakit tibi.

Saturday, April 18, 2009

citrawarna '09 di usm induk penang



assalamualaikum...

first skali sori kalo x update blog nie...bz ngn studi skrg lg2 tgh final exam.so mmg mls nk pk...tp sy amk ksmptn atas kemalasan nak studi ngn tulis bnda nie jp.hehehe...skurang2nye terisi ngn bnda bermanfaat gk.

pada 21 mac '09 sy tlh menyertai pertandingan citrawarna '09 yg diadakan di usm induk penang.nie adalah penyertaan pertama dan kalo sume nk tau sy nie x pndai menari.nie gara2 ajakan kwnku(haris) yg ajak sy gi audition.sini x ramai laki gi sbb x minat kot.tp sy just gi utk fun je and x hrp dpt msk.x psl2 sy dpt surat yg menyatakan sy terplh msk citrawarna.bkn men hepi lg sbb x pnh msk kn. so 1st time gi latihan mmg kayu giler. paling terseksa sbb time tue sy ada praktikal di wad. kalo shift pagi ok gk tp kalo shift ptg yg seksa sket. lg2 kalo esknye kne shift pg. mmg seksa la. ada skali je sy gi lwt wad sbb bgn lmbt. tu nk cte sket la sal cmne sy leh msk bnda nie. msk bnda nie pon x bgtau org tua ku sbb tkt kne mrh.huhu....

mase nk gi sane lak sy kne nek van usm x dpt nek bas. time tu sdh gk tp yg best sb x ramai nek van. so sy bantai tidor kt belakang van tu.hehe... sampai sane dlm kol 5.30 pagi tp time tu x msk lg dlm usm sbb pjbt x bkak lg. so ktorg lepak kt masjid n gi mkn2 dulu. dlm kol 8 pagi br ktorg msk usm. laki2 dok desa aman damai n pompuan dok desa restu. ktorg disuruh dtg ke tmpt lthn dlm kol 10pg. mmg x puas nk rht la. ptg pon lthn. mlm plk ada reheasel. reheasel kt padang olahraga usm. time tu mmg ramai org la. ktorg siap blaja tarian citrawarna utk perasmian. blk dr reheasel dlm kol 1pg. pastu saya jmpe ngn kak agkt ku(kak fara) yg blaja kt sane. ktorg gi date kt sea gate(kuar mkn la).pastu blk tu sy trus tdo. ingt x ada lthn esk pg tp kol 9 lg dorg da pggl lthn. mmg lth gler la. kol 2ptg ktorg siap2 utk gi dewan kuliah I(DK I) utk solek2. nie la 1st time sy disolek.hehehe..cun giler la... da siap2 solek sume dlm kol 7ptg ktorg gerak ke stadium olahraga. ktorg mkn2 dulu. dlm kol 8mlm ktorg bgerak ke stadium.

bincang sal tarian

ewah3...

latihan bendera cina

hebat x aku.hehe

K.A.M.I

perasmian dirasmikan oleh VC usm tan sri zulkifli(kalo x slp la). perasmian bjln ngn lancar n meriah. tibe persembahan pertama oleh desa bakti permai. mmg gempak la dorg. utk pengetahuan korg desa sy desa murni nurani. ktorg perform yg ke-10. 1 persembahan dlm 10min. mmg lame la nk tggu. tgh persembahan dorg pon bosan sbb mmg bosan la.

puteri bidara

lima panglima silat lagenda.hehe

gaya laki masa citrawarna

muke aku pas kne solek

sebelum disolek

selepas disolek

tbe la ktorg nye persembahan. ktorg leh kate len dari yg len. awl2 lg ktorg dh dpt tpukan gemuruh. walaupon sy lupe step ms awl2 tu tp sume ok la. plg gempak ble ktorg berjaya buat tugu mase last skali. mmg dpt tpukan gemuruh. siap ada sorakan utk desa ktorg lg. mmg bangga giler time tu. hbs persembahan tu mmg hepi gler. ktorg dok men tgkp2 gmbr ngn bdk2 len.

dgn desa restu

bersama panglima jawa

saat kptsn diumumkan. mmg dh jgka yg desa bakti permai akan menang. tp ktorg ttp puas ht sbb dpt bg saingan serta persembahan yg paling menarik mlm tu. mlm tu ktorg diarah bsiap utk blk kelantan kol 2pg. sblm blk tu ktorg sggh kt kdai mamak. mkn dulu. dlm kol 3 tu ktorg btolak blk. sy cm bese la dok tdo kt blkg. smpai kt kelantan dlm kol 10pg. van byk kali brenti. ada2 je tmpt die nk berenti.

ngn orang sarawak

sape tah nie.hehehe

pg tu ingt nk gi wad sbb lecturer ku(pn fazdillah) berkata sy kne dtg kalo dh smpai. tp memandangkan sy pon smpai kol 10pg. blk tu sy terus tdo keletihan. mmg x lrt la time tu.

pengalaman sy di citrawarna '09 akan ku abadikan dalam diari hidupku sbb tu la kali pertama sy menari. insyaallah kalo pnjg umo sy nk join utk kali terakhir ms final year(tahun dpn) sblm sy graduate.

stakat tu je nk share cte. salah kate pohon diampun. wassalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...